Tentang Saya

Artikel-artikel yang ditulis dalam blog ini kadang ditulis disebabkan ada persoalan yang datang daripada client-client dan rakan-rakan tentang insurans dan takaful.

Ataupun berlaku suatu isu yang membuatkan saya tertarik untuk menulis pandangan berdasarkan ilmu yang Allah pinjamkan.

Sekiranya ada kesilapan teknikal atau apa-apa kesilapan, boleh tegur saya. Mungkin ada benda saya terlepas pandang. Saya minta maaf.

Dalam blog ini jugak ada personal blogging saya, tentang hidup saya, yang saya nak dokumentasikan. Godek-godek lah apa yang boleh godek. Dari masa ke semasa, saya akan update penulisan saya.

Nama saya Muhammad Mursyid bin Sazali. Anak sulung daripada 5 orang adik-beradik kepada pasangan bahagia, Sazali dan Azian. Suami penyayang buat isteri tercinta, Dr. Nurul Zahirah.

Agen takaful dan pensihat kewangan kepada client-client yang disayangi.

Sebelum ni bekerja sebagai seorang Assistant Architect selama 3 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Sains) Seni Bina dari UiTM Perak.

Mula menceburkan diri dalam bidang pengurusan kewangan dan takaful pada tahun 2015.

Setiap orang memerlukan perlindugan insurans atau takaful yang boleh membantu meringankan beban ketika seseorang itu sangat memerlukannya. Saya yakin kerja saya ini suatu kerja yang mulia dan saya dapat membantu setiap client saya untuk merancang kewangan dan mengurus risiko dengan lebih baik.

Dengan sebab itu saya ingin terus berkhidmat menyebarkan kepentingan insurans dan takaful kepada orang ramai, khususnya umat Islam di Malaysia.

Advertisements