EMERGENCY Contact People

Anda sudah mempunyai sijil takaful peribadi anda? Tahniah! Ramai orang apabila sudah menerima sijil takaful mereka, mereka menyimpannya dan tidak memberitahu kepada sesiapa pun tentang kewujudan sijil takaful mereka.

JANGAN!

Pastikan anda memberitahu sekurang-kurangnya seorang daripada ahli keluarga kamu supaya jika berlaku kecemasan, mereka boleh membantu anda untuk menghubungi ejen, atau syarikat takaful untuk membuat sebarang tuntuan (tertakluk kepada manfaat yang diambil)

Maklumkan kepada sekurang-kurangnya 3 orang:

  1. Seorang daripada ahli KELUARGA terdekat. Sebagai contoh ibu, bapa, adik-beradik, isteri/suami, atau anak-anak.
  2. Seorang daripada tempat KERJA anda. Rakan sekerja yang anda boleh percayai untuk membantu anda di waktu kecemasan.
  3. Serorang daripada RAKAN-RAKAN yang biasa anda bersamanya. Mungkin selain ahli keluarga dan rakan tempat kerja, anda ada kawan-kawan yang biasa anda keluar minum bersama, atau menjalankan hobi bersama.

Sekurang-kurangnya maklumkan kepada mereka yang anda mempunyai perlindungan pampasan sekiranya meninggal, perlindungan perubatan sekiranya perlu dimasukkan ke hospital misalnya.

Anda juga perlu memberikan nombor ejen takaful anda kepada mereka untuk mereka hubungi sekiranya perlu.

Perkara ini amat penting bagi memastikan sijil takaful yang anda ambil dapat membantu anda dan keluarga anda di waktu ianya amat diperlukan. Kerana kemungkinan besar kita sendiri tidak dapat memaklumkan kepada ejen atau pihak syarikat takaful untuk membuat tuntutan. Contohnya kita tiba-tiba pengsan semasa bermain bola di padang, bagaimana kita sendiri hendak memaklumkan kepada ejen takaful kita?

Untuk client-client saya, memang saya akan sediakan satu kertas khas untuk menyenaraikan emergency contact people semasa menyerahkan sijil takaful mereka.

Semoga penulisan ini bermanfaat untuk anda. SHARE sekiranya anda merasakan ramai orang di luar sana yang mengambil sijil takaful tetapi tidak memaklumkannya kepada sesiapa.