5 Sebab Tuntutan Takaful Gagal

1/ MANFAAT TIADA dalam sijil takaful anda

Contohnya anda hanya mengambil pelan perlindungan pampasan kematian disebabkan kemalangan sahaja. Sekiranya anda ingin membuat tuntutan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta tidak boleh, kerana sudah jelas manfaat tersebut tiada dalam sijil takaful anda. Jadi anda perlu peka dan mengambil cakna dengan manfaat yang anda bakal terima daripada sijil takaful anda.

2/ PENGECUALIAN umum dan khusus (General and specific exclusions)

Ambil perhatian tentang pengecualian umum dan khusus yang disenaraikan di dalam sijil takaful anda.

3/ BAYARAN TERTUNGGAK menyebabkan sijil anda tidak aktif (Lapse)

Kebiasaannya anda ada tempoh 30 hari untuk membuat sumbangan bulanan anda yang seterusnya. Sekiranya anda gagal membuat sumbangan dan simpanan dalam akaun sijil takaful anda tidak mencukupi untuk menampung sumbangan bulanan anda, sijil takaful anda akan tidak aktif sehingga anda membayar sumbangan bulanan anda.

Sekiranya anda perlu membuat tuntutan ketika sijil anda sedang tidak aktif (lapse), memang tidak boleh walaupun anda menjelaskan sumbangan bulanan yang tertunggak selepas itu. Tuntutan hanya boleh dibuat selepas sijil anda sudah aktif semula.

Jadi pastikan anda tidak terlepas membuat sumbangan bulanan anda.

4/ Belum cukup TEMPOH MENUNGGU (Waiting period)

Sekiranya anda mengambil pelan takaful anda hari ini, ia tidak bermaksud pelan anda akan berkuatkuasa untuk melindungi anda serta-merta. Melainkan kes-kes kemalangan.

Klik di sini untuk mengetahui tempoh menunggu bagi manfaat-manfaat tertentu.

5/ TIDAK TELUS dalam menyatakan maklumat peridbadi dan kesihatan (Non-disclosure)

Semasa memohon apa-apa pelan takaful, ianya AMAT PENTING untuk anda mengemukakan sebarang maklumat peribadi dan kesihatan secara tepat. Kegagalan untuk mengemukakan maklumat secara tepat mungkin akan menimbulkan masalah membuat tuntutan di masa hadapan.

Sebagai contoh, En. A pernah dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Semasa memohon pelan takaful, En. A tidak mengemukakan maklumat tersebut kerana merasakan ia akan merumitkan proses permohonan takafulnya. 10 tahun kemudian En. A dimasukkan ke hospital kerana kemalangan jalan raya. Pihak takaful telah mendapati En. A pernah dimasukkan ke hospital kerana denggi sebelum ini. Maka proses meluluskan tuntutan En. A untuk kes kemalangan tadi menjadi sukar dan rumit.

Advertisements