Strategi memburukkan pihak lawan untuk menang!

Dalam dunia berniaga, kita tak boleh lari daripada kewujudan persaingan. Melainkan kita melakukan sesuatu yang memang baru dan tak pernah dilakukan orang lain sebelum ini.

Katakan kita memulakan sesuatu yang baru pun, akan sampai satu masa yang orang lain cuba untuk muncul menjadi pesaing kita.

Competition-at-Work-3-Steps-to-Keep-It-Healthy-and-Motivational-640x302

Memburukkan orang lain adalah strategi terbaik! 

Sebagai peniaga, kita ingin memastikan kita adalah pilihan utama pelanggan. Memburukkan orang lain adalah strategi terbaik untuk memburukkan imej kita sendiri!

gossip-pop-art-men-1200x330

Katakan korang adalah syarikat A. Anda ingin menarik pelangan yang membeli daripada syarikat B. Selama hidupnya dia selalu membeli daripada syarikat B. Korang pun berjumpa dengan pelanggan ni dan menceritakan kenapa dia patut beli dengan korang.

Korang pun bagitau, syarikat B ni menipu pelanggan lah, harga patut lagi murah tapi dia jual mahal lah, kualiti barang tak okay lah, dan sebagainya lah.

Dalam masa sama korang sebenarnya menyampaikan mesej bahawa pelanggan tu telah membuat keputusan bodoh kerana membeli daripada syarikat B selama ni. Setuju?

rwyri.gif

Jadi, jangan sesekali kita memburukkan orang lain. Kerana kita sendiri pun mungkin ada keburukan yang kita sendiri tak sedar. Bila kita memburukkan orang lain, kita menjemput orang untuk mencari keburukan kita.

Ceritakan kelebihan kita.

Tak salah kita angkat bakul sendiri tanpa memburukkan pihak lain. Ceritakan kebaikan kita, kelebihan kita, bagaimana produk atau servis kita boleh membantu pelanggan kita dengan cara yang lebih baik dan efektif.

brtcekW

Biar mereka sendiri fikirkan bagaimana korang punya produk atau servis jauh lebih baik daripada apa yang mereka gunakan sekarang.

Kalau nak buat perbandingan pun, jangan sampai korang menyampaikan mesej bahawa mereka telah silap membuat keputusan selama ini.

Kalau ini strategi korang, Ubahlah..

Aku tulis entri ni sebab benda ni memang berlaku dan aku sendiri berjumpa dengan orang yang cuba untuk tarik aku daripada apa yang aku buat sekarang, which is takaful bawah PruBSN Takaful untuk join company mereka. Aku sendiri terasa seperti orang bodoh bila diorang mengatakan perniagaan yang aku lakukan sekarang ni ada kelemahan-kelemahan itu dan ini.

Aku memang nampak peluang yang mereka tawarkan tu ada kelebihannya tersendiri. Tapi bila aku dah kena down macam tu, mintak maaf banyak-banyak.

Kalau ini adalah cara korang cuba untuk menarik pelanggan, mungkin korang akan rasa sentap! Tapi seorang peniaga yang baik akan ambil teguran ni secara positif dan cuba untuk mengubah ke arah yang lebih baik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s