Apakah pelan Takaful yang TERBAIK untuk anda?

Kadang-kadang kita terlampau teruja dengan apa yang diceritakan oleh ejen-ejen takaful tentang apa yang patut kita ambil. Cover ini, cover itu, semua kita cover! Fuhh!! Nak pecah otak fikir nak buat keputusan ni!

raw-1

Saya seorang ejen takaful, tetapi saya cuba huraikan tajuk ini seringkas dan seadil yang mungkin.

“Apakah pelan takaful TERBAIK yang patut saya ambil..?”

Baik. Takaful yang saya maksudkan di sini adalah Takaful Keluarga.

Takaful keluarga adalah perlindungan untuk diri sendiri dan keluarga yang merangkumi pampasan kematian, pampasan cacat kekal, pampasan sakit kritikal, pampasan kemalangan, kad perubatan, dan pelbagai lagi perlindungan tambahan yang boleh ditambah ke dalam sijil takaful kita.

Kalau nak kata pelan takaful yang “terbaik” mestilah pelan yang mempunyai perlindungan dari semua aspek dan setiap aspek melindungi anda semaksimum yang mungkin!

Sebagai contoh:

  • Pampasan Kematian dan Cacat kekal : RM10 juta!
  • Pampasan Sakit Kritikal: RM10 juta!
  • Pampasan Kemalangan: RM10 juta!
  • Kad Perubatan: Pelan perubatan yang menawarkan had tahunan dan seumur hidup yang TERTINGGI, dan harga bilik yang PALING MAHAL!
  • Dan tambahan perlindungan lain yang paling MAKSIMUM!!

Memang terbaiklah kalau kita dapat perlindungan di atas. Kan?

Perlindungan yang tinggi bermaksud bayaran sumbangan untuk pelan takaful kita juga tinggi.

Kita ambil takaful untuk persediaan masa hadapan. SEKIRANYA perlu. Harap-harap kita tak perlulah.

Kalau boleh, siapa nak mintak kena sakit, lagi-lagi sakit kritikal? Siapa nak mati awal? Of course la kalau boleh kita nak hidup lebih lama dan dalam keadaan sihat walafiat.

Tapi kita tak boleh nak jangka masa hadapan. Betul? Sebab itu kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

giphy

Sekiranya anda memang sudah bersedia mengambil pelan takaful untuk diri sendiri dan keluarga, tahniah!

Takaful adalah satu komitmen jangkamasa panjang! Kita perlu memastikan yang kita mampu untuk membuat bayaran sumbangan setiap bulan.

Jadi, pelan takaful yang TERBAIK untuk anda adalah pelan yang anda boleh bayar setiap bulan!

Senang ja jawapan dia. Kan?

Kalau buat masa ni kita hanya mampu untuk bayar RM50 untuk perlindungan yang rendah, itu dah kira TERBAIK buat masa sekarang. Insya Allah ada rezeki di kemudian hari kita boleh tambah lagi perlindugan kita.

Kita perlu lihat keperluan perlindugan kita dan yang paling penting adalah kemampuan kita.

emma-stone-thumbs-up-eccbc87e4b5ce2fe28308fd9f2a7baf3-132

Bank Negara Malaysia (BNM) menyarankan 5-10% dari pendapatan kita digunakan untuk membayar sumbangan bulanan pelan takaful kita.

Nak bayar lebih daripada 10% boleh. Takda masalah. Tapi yang penting kita perlu ingat ialah kita kena pastikan yang kita mampu untuk commit dengan bayaran takaful kita setiap bulan.

Kalau kita boleh bayar untuk beberapa bulan, tiba-tiba kita kena uji tayar kereta pancit kemudian tak boleh nak bayar sumbangan takaful kita, kemudian nak jadi cerita time tu jugak kita sakit dan perlukan takaful kita, masak….

Sama juga dengan perkara yang lain pun, nak beli kereta ke, nak beli rumah ke, nak swipe kredit kad untuk beli hadiah awek ke. Kita kena fikir long-term! Pastikan kita mampu untuk commit.

Semoga artikel ini telah memberi manfaat kepada anda, kongsikan dengan kawan-kawan yang mungkin sedang dalam proses mencari dan mendapatkan pelan takaful keluarga untuk diri mereka dan keluarga.

5crre7z8i

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s