Masalah UTAMA dalam Perniagaan

 

Anda seorang peniaga kecil, sederhana, besar, gergasi?

Tidak kira berapa besar perniagaan anda. Setiap perniagaan yang berasa tertekan kerana prestasi sales tidak naik-naik atau merudum secara mendadak sebenarnya mempunyai SATU MASALAH yang sama.

Dalam keadaan begini, peniaga akan mencari apakah punca kepada masalah tersebut. Walaupun ianya satu masalah yang simple, saya sarankan kepada anda untuk membaca dengan teliti dan sehingga habis penulisan saya ini.

Soalan yang biasa timbul ialah; Adakah masalah kepada perniagaan anda harga yang anda tawarkan? Adakah ianya kualiti produk atau servis yang anda tawarkan? Adakah ianya kerana orang hilang kepercayaan kepada anda, produk dan servis yang ditawarkan?

Betul ke keadaan ekonomi yang merosot adalah masalah utama anda? Boleh jadi. Tapi sebenarnya ada masalah yang lebih besar daripada itu.

Beberapa Soalan PENTING yang anda perlu tanya diri sendiri.

Adakah anda mempercayai produk atau servis yang anda tawarkan?

Adakah produk atau servis anda merupakan penyelesaian kepada masalah ramai orang diluar sana?

Adakah NILAI produk atau servis yang anda tawarkan jauh lebih tinggi daripada harga yang anda tawarkan?

Adakah anda sendiri akan menggunakan produk atau servis yang anda tawarkan sekiranya anda berada di pihak pengguna dan pembeli?

Jika jawapan kepada soalan-soalan di atas adalah YA, maka anda tidak perlu risau tentang masalah di atas.

Jadi, apa masalahnya sekarang?

Baik, sebelum saya ceritakan apa masalah utama yang banyak perniagaan hadapi, saya ingin berikan beberapa contoh perniagaan bagi memudahkan pemahaman anda.

Saya pasti anda sudah sedia maklum dengan nama syarikat dibawah, betul?

  • Apple Inc, yang memperkenalkan iPhone, iPad, iMac, dan sebagainya.
  • Samsung, yang orang ramai kenal sebagai pengeluar smartphone android yang terkenal dan peralatan teknologi yang lain.
  • McDonald’s (McD), yang dikenali antara rangkaian makanan segera yang ternama di Malaysia dan di dunia.
  • KFC, yang juga seperti McDonald’s.

Mereka sentiasa menjadi bahan percakapan orang ramai dan sentiasa dalam ingatan orang ramai.

Sekiranya anda ingin membeli smartphone baru, anda akan memikirkan antara iPhone ataupun Samsung Android. Mungkin ada lebih banyak syarikat pengeluar smartphone diluar sana, tetapi dua syarikat ini berada di bahagian atas senarai pilihan anda.

Sekiranya anda berada dalam keadaan tergesa-gesa dan ingin mencari makanan yang mudah didapati, anda akan memikirkan tentang McD ataupun KFC. Sama juga, terdapat banyak lagi rangkaian makanan segera diluar sana tetapi mungkin dua nama ini berada di bahagian atas senarai pilihan anda.

*Saya menulis artikel ini berdasarkan ilmu yang disampaikan oleh Mr. Grant Cardone dalam video Youtube di atas. Dia merupakan seorang sales coach yang memang membantu ramai peniaga di USA yang sedang gagal untuk membaiki dan meningkatkan jualan mereka sehingga berjaya. Saya cuba olah apa yang dia sampaikan dalam konteks kita di Malaysia.

Mengapa ada nama-nama syarikat yang lebih terkenal berbanding syarikat lain?

Apakah yang mereka lakukan yang sehingga orang ramai sentiasa ingatkan nama mereka?

Adakah mereka diberikan keistimewaan sehingga nama-nama syarikat lain terpaksa bertanding untuk memastikan orang ramai mengingati nama mereka? Adakah ianya tuah?

Dalam dunia perniagaan, sesebuah syarikat atau seseorang perlu menjadi dominant!

Dalam persaingan, mereka perlu stand out daripada orang lain.

Kalau sekadar bersaing begitu sahaja tanpa memikirkan cara untuk lebih menonjol, perniagaan anda tidak akan berkembang dengan begitu baik. Ia mungkin mampu bertahan buat sementara waktu. tetapi untuk jangkamasa panjang, ia mungkin akan ke laut.

Adakah anda sedar yang syarikat-syarikat yang saya senaraikan di atas sentiasa mengiklankan syarikat dan produk mereka? Mereka sentiasa cuba untuk sampai ke dalam fikiran orang ramai melalui iklan TV, iklan Youtube, iklan billboard di tepi jalanraya, iklan dalam media sosial, dan bermacam lagi iklan.

Kalau boleh mereka ingin anda sentiasa ingatkan tentang mereka, produk dan servis mereka. Kalau boleh setiap saat mereka ingin anda memikirkan tentang mereka!

Tidak semua akan membeli daripada anda..

Ini adalah fakta yang anda sebagai peniaga perlu tahu, hadam dan fahami.

Dalam 1000 orang yang mengetahui tentang anda, produk dan servis anda mungkin hanya 100 orang sahaja yang akan menjadi pelanggan anda.

Jika anda baru menceritakan tentang perniagaan anda kepada 50 orang, mana mungkin anda mengharapkan 1000 orang pelanggan. Ianya hanya boleh terjadi sekiranya pelanggan sediada anda menceritakan tentang anda kepada 20 lagi kenalan mereka.

Tetapi sebagai peniaga, anda perlu menguasahakan sendiri supaya anda dapat menyampaikan perniagaan, produk dan servis anda kepada seramai orang yang mungkin!

Anda tidak boleh mengharapkan sahaja pelanggan anda menceritakan kepada kenalan mereka tentang anda!

Ubah mindset REJECTION kepada PENGENALAN!

Katakanlah anda memperkenalkan diri anda, perniagaan anda, produk dan servis anda kepada 50 orang hari ini. Tidak ada seorang pun yang membeli dengan anda!

Bagi ramai peniaga, mungkin ini sesuatu yang mengecewakan. Jangan bimbang!

Anda perlu mengubah mindset kena reject kepada memperkenalkan.

Mungkin seseorang yang anda approach itu tidak berminat dengan apa yang anda tawarkan. Mungkin dia belum lagi berminat. Mungkin dia ada kenalan yang memang berminat dengan apa yang anda tawarkan.

Kerja anda adalah meperkenalkan perniagaan anda kepada seramai mungkin orang di luar sana. Lebih ramai, lebih tinggi peluang untuk anda mendapat pelanggan.

Pastikan orang SENTIASA INGAT tentang anda, perniagaan anda, produk dan servis anda!

Dengan adanya media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube, Twitter, LinkedIn dan sebagainya anda disediakan dengan platform PERCUMA untuk anda menyampaikan perniagaan anda kepada kenalan anda dan orang ramai.

Gunakan platform percuma ini dengan sebaik mungkin!

Anda juga perlu ingat bahawa tidak semua orang akan menerima mesej atau iklan anda di media sosial.

Jadi, anda perlu juga untuk sentiasa reach out secara tradisional melalui pengedaran flyers, berjumpa dengan orang di luar sana face-to-face, door-to-door (dari rumah ke rumah atau perniagaan ke perniagaan yang lain), dan melalui telefon dengan membuat panggilan kepada calon (prospek) pelanggan anda.

Anda perlu memastikan seramai mungkin orang ingatkan tentang anda dan perniagaan anda!

Takut orang MELUAT?

Ramai peniaga risau bila mereka spam wall FB dan media sosial lain rakan-rakan mereka dengan post-post tentang perniagaan mereka. Betul ke orang meluat atau itu hanya dalam fikiran anda sahaja?

Memang akan ada orang yang meluat. So, what? Orang meluat adalah salah satu proses dalam memastikan perniagaan kita dikenali ramai.

Proses yang akan kita lalui adalah meluat – yang kemudian berubah menjadi mengagumi. Orang akan kagum betapa kentalnya kita terus menerus mengiklankan perniagaan kita.

Contoh terbaik di tanah air kita sendiri tidak lain tidak bukan Dato Seri Vida dan Dato Aliff Shukri. Pada peringkat awal ramai orang meluat dengan gelagat mereka mempromosikan produk mereka. Apa kata mereka? “Pedulik hape apa orang nak kata..” 

Namun, bila menggunakan media sosial, biarlah seimbang. Kerana media sosial sebenarnya dicipta untuk bersosial di alam maya.

Seimbangkan post-post berkenaan perniagaan dengan kehidupan seharian kita. Seimbangkan dengan kata-kata semangat dan post-post yang positif untuk dikongsi bersama rakan-rakan media sosial.

Anda boleh mencipta satu page khas untuk anda mempromosikan produk dan servis anda semata-mata supaya tidak bercampur dengan profil peribadi anda.

Terpulang kepada anda.

Bermacam cara untuk buat orang ingat kita..

Tetapi pastikanlah orang ingat kita kerana perkara-perkara yang baik. Elakkan publisiti murahan kerana itu akan memburukkan nama kita dan perniagaan kita.

Artikel ini ditulis bukan untuk menghuraikan cara untuk mengiklankan perniagaan anda di media sosial. 

Tetapi saya ingin menegaskan di sini bahawa mengambil peluang terhadap penyediaan platform media sosial yang percuma ini untuk menghebohkan kepada dunia tentang perniagaan yang kita jalankan.

Jangan berputus asa..

Ada orang baru mula mempromosikan perniagaan mereka selama sebulan tanpa sebarang hasil dan sudah berputus asa.

Kayakan diri dengan ilmu perniagaan dan pengiklanan supaya kita mampu memperoleh kekayaan wang ringgit.

Kekayaan wang ringgit tanpa ilmu akan menyebabkan duit yang ada tidak dapat bertahan lama dan berkemungkinan besar untuk perniagaan tersebut lingkup.

Kekayaan harta bermakna kita mampu untuk membantu lebih ramai orang terutamanya ahli keluarga dan orang di sekeliling kita insya Allah.

Sebagai orang Islam, mungkin anda perlu lihat bagaimana hubungan anda dengan Allah. 

Bagaimana ibadah anda, solat anda? Pastikan hubungan anda dengan Allah dijaga dengan baik. Istighfar banyak-banyak setiap hari kerana kita semua tidak terlepas dari berbuat dosa. Insya Allah, Allah akan mudahkan rezeki masuk.

Berniaga untuk akhirat, insya Allah, Allah akan cukupkan dunia kita. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda dan dapat anda ambil sedikit ilmu untuk dipraktikkan dalam perniagaan anda.

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s