Kalau saya pengsan, siapa nak uruskan insurans saya?

Saya dah ada medical card. Saya faham yang saya mungkin perlu membayar deposit hospital sekiranya saya perlu dimasukkan ke wad.

Ada pulak medical card yang ada co-takaful dan seumpamanya yang memerlukan saya membayar sejumlah duit sebelum saya boleh discharge daripada hospital.

Soalan saya, katakanlah saya terlibat dalam kemalangan dan saya pengsan! Saya berseorangan dan orang awam membantu menelefon ambulans dan menggegaskan saya ke hospital..

free-animated-gifs-of-kids-passed-out-fell-asleep-chair

“..siapa nak bayarkan deposit hospital saya?”

Baik, pertama sekali korang akan digegaskan ke hospital yang terdekat. Jika tiada hospital kerajaan yang terdekat, korang akan digegaskan ke bahagian kecemasan hospital swasta yang terdekat lah.

Dalam keadaan kritikal, korang akan diberikan rawatan secepat mungkin. Segala dokumen korang dan perihal pembayaran boleh diambil kira kemudian. Perkara utama adalah memberi rawatan supaya pesakit berada dalam keadaan stabil.

giphy (2)

Dalam masa sama, pihak hospital akan cuba yang terbaik untuk menghubungi waris yang dapat membantu pihak hospital mendapatkan maklumat pesakit dan juga menguruskan pembayaran, deposit dan sebagainya.

NOTA PENTING! Simpan maklumat waris yang patut dihubungi dalam keadaan kecemasan bersama korang setiap masa.

Tuliskan nama, hubungan, dan nombor telefon di atas kertas yang boleh diselitkan dalam

  • Dompet
  • Casing telefon
  • Kereta
  • Dan di mana-mana yang korang rasakan patut.

Pastikan korang memasukkan juga maklumat ejen insurans atau takaful korang untuk memudahkan lagi pihak hospital atau keluarga untuk menghubungi ejen untuk urusan tuntutan (claims).

Jadi, korang tidak perlu risau tentang deposit sekiranya korang berada dalam keadaan tidak sedar.

Yang paling penting adalah korang perlu memastikan maklumat waris yang perlu dihubungi dalam keadaan kecemasan sentiasa bersama anda dalam apa jua keadaan sekalipun.

Boleh baca artikel berkenaan maklumat waris di sini.

Korang dah baca artikel ini, tetapi belum lagi mempunyai apa-apa medical card lagi?

Hubungi cepat-cepat ejen insurans atau takaful yang korang percayai untuk penerangan lanjut.

Jangan tunggu! Anda tidak tahu bila anda akan memerlukannya.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak bermanfaat buat korang.

Kalau rasa keluarga & kawan-kawan perlu tahu tentang perkara ini, SHARE lah dengan mereka. Facebook ada, Whatsapp ada, Twitter ada, mana-mana pun boleh share.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s