Mesin Cetak Duit

Ini cerita dongeng..

Saya pernah mendengar cerita ini daripada agency manager saya. Saya tidak pasti dari mana asalnya cerita ini, tetapi ianya satu cerita dongeng yang bagus untuk diambil iktibar dan pengajaran. Baca sehingga habis, semoga penulisan ini bermanfaat buat anda.

Andaikan ini cerita benar.

Katakan dalam hidup, anda diberikan satu mesin cetak duit. Hanya satu, tiada ganti, tidak dijual dimana-mana. Dalam dunia, anda seorang sahaja yang mempunyai mesin ini! Sudah tentu anda akan menjaganya dengan baik. Betul?

Anda tidak perlu bersusah payah bekerja atau berniaga, kerana anda boleh mencetak duit hanya dengan menggunakan mesin cetak duit anda!

Dipendekkan cerita.. Pada suatu hari anda keluar bersama keluarga anda untuk meluangkan masa bersama. Dalam perjalanan pulang anda lihat kepulan asap yang nampaknya datang dari rumah anda. Anda tiba di rumah anda dan mendapati rumah anda sudah rentung dijilat api!

Dalam banyak perkara yang anda risaukan, anda paling risau jikalau mesin cetak duit anda masih lagi selamat ataupun tidak.

Anda mendapati tiada apa yang dapat diselamatkan termasuklah mesin cetak duit anda.

Apakah perasaan anda ketika itu?

Sedih, kecewa, resah, dan bermacam lagi perasaan yang membuak dalam dada anda. Setuju?

Anda tahu, tiada lagi mesin cetak duit untuk anda dan anda terpaksa keluar mencari kerja. Bermula dari kosong untuk meneruskan kehidupan anda dan keluarga.

Jika anda sudah lama tidak bekerja atau langsung tidak pernah bekerja, adakah ia perkara yang mudah untuk dilakukan?

Baik, ini realitinya..

Jika anda adalah suami, ketua keluarga, ataupun anda adalah tunjang dalam keluarga anda, anda adalah orang yang bertanggungjawab membawa pulang pendapatan setiap bulan untuk kelangsungan hidup anda dan keluarga anda.

Anda sebenarnya umpama mesin cetak duit dalam cerita dongeng di atas.

Anda mampu untuk keluar mencari rezeki kerana anda masih dikurniakan nyawa untuk hidup dan kesihatan yang baik.

Kalau anda diuji dengan sakit yang serius dan terpaksa mengambil cuti sakit selama setahun, adakah ia akan mengganggu kerja dan pendapatan anda?

Bagaimana pula jika anda ditakdirkan meninggal dunia terlebih dahulu?

Adakah majikan anda akan terus membayar gaji untuk kegunaan harian keluarga anda?

Jika anda berniaga, adakah perniagaan anda dapat diteruskan sama seperti semasa anda menguruskannya?

Apakah perasaan anda jika anda terpaksa tinggalkan keluarga anda, orang yang anda sayangi dalam keadaan begitu tanpa diduga?

Adakah kita dapat mengetahui bila kita akan diuji sebegitu?

Adakah anda lihat ini sebagai satu masalah yang besar buat anda dan orang yang bergantung pada anda?

Jika YA, apakah jalan PENYELESAIANNYA?

Anda boleh memastikan keluarga anda dapat berdepan dengan keadaan seperti di atas dengan lebih baik.

Bagaimana?

Lindungi pendapatan anda menggunakan insurans hayat atau takaful keluarga.

Melalui pampasan kematian, pampasan cacat kekal, pampasan kemalangan dan pampasan sakit kritikal anda boleh menyediakan dana kecemasan buat diri anda dan keluarga anda sekiranya anda diuji dengan salah satu keadaan tersebut.

Anda boleh sediakan dana kecemasan selama setahun pendapatan anda, lima tahun pendapatan anda, sepuluh tahun pendapatan anda ataupun berapa lama yang anda ingin pastikan supaya beban yang anda dan keluarga anda terpaksa pikul dapat diringankan.

Sebagai contoh pendapatan setahun anda adalah RM50,000

Sekiranya anda ingin memastikan dana kecemasan anda mampu bertahan selama 10 tahun, anda perlukan perlundungan pampasan sebanyak RM500,000 sekiranya anda meninggal dunia, disahkan cacat kekal, terlibat dalam kemalangan, ataupun disahkan menghidapi sakit kritikal.

Perlindugan pampasan ini juga untuk memastikan segala hutang yang anda ada dapat diselesaikan dengan pantas.

Perlindugan pampasan ini juga untuk memastikan kos pengembumian anda dapat diselesaikan dengan mudah. Ahli keluarga anda tidak perlu meminjam atau mengeluarkan simpanan yang mereka rancang untuk perkara lain hanya kerana untuk menampung kos pengembumian anda.

Perlindugan pampasan ini juga untuk memastikan segala impian yang anda ada untuk keluarga dapat tercapai. Contohnya anda ingin memastikan anak anda mempunyai dana pendidikan sebanyak RM100,000 setiap seorang, anda ingin membeli rumah impian untuk keluarga anda. Pampasan ini juga boleh digunakan untuk keluarga anda memenuhi impian dan cita-cita anda itu.

Tidak semua orang layak..

Hari ini mungkin kita masih layak untuk memohon untuk mendapatkan perlindungan ini. Esok mungkin tidak lagi.

Jadi, apakah syarat kelayakan untuk memohon?

  • Sihat tubuh badan. Tidak mempunyai sakit yang kritikal. Jika anda mempunyai sakit-sakit sediada, tidak bermaksud anda sudah tidak layak. Mungkin proses memohon akan menjadi lebih rumit.
  • Mampu untuk mencarum atau membuat sumbangan bulanan bagi perlindungan anda.
    • Amaun caruman atau sumbangan bulanan yang disarankan adalah hanya 5-10% daripada pendapatan bulanan anda.
    • Jika anda memohon ketika anda masih muda, anda boleh dapatkan nilai perlindugan yang tinggi pada harga yang lebih murah

Mengapa anda ingin menunggu sekiranya anda tidak tahu bila anda dan keluarga akan tiba-tiba memerlukannya?

Jumpa penasihat kewangan anda dan bincangkan berapa jumlah perlindugan yang anda perlukan berdasarkan kemampuan anda hari ini.

Majikan sudah sediakan perlindugan perubatan dan pampasan untuk saya dan keluarga..

Tahniah! Tidak semua majikan berbuat demikian. Majikan anda sangat bagus dalam menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya. Alhamdulillah.

Tetapi adakah perlindugan itu hak milik anda?

Bagaimana sekiranya anda ingin bertukar angin dan bekerja dengan majikan yang lain? Adakah anda pasti majikan baru anda akan menyediakan manfaat yang sama?

Bagaimana sekiranya majikan anda terpaksa mengubahsuai manfaat tersebut atau lebih dasyat, menarik manfaat tersebut kerana kekangan ekonomi?

Bagaimana sekiranya jika salah satu daripada dua keadaan berlaku, anda dan keluarga anda sangat memerlukan perlindugan tersebut?

Anda perlukan pelan perlindugan peribadi anda sendiri yang akan melindungi anda tidak kira anda berkhidmat dengan majikan mana-mana dalam apa jua keadaan ekonomi majikan anda.

Semoga penulisan ini dapat membantu untuk anda membuat keputusan yang terbaik hari ini. Insya Allah..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s