Saya dah ada kanser, boleh ke nak apply Insurans atau Takaful

Boleh, kenapa tak boleh? Masa nak memohon tu tak perlu declare sakit apa-apa. Insya Allah lulus! TAPI….

Ada tapinya. Tapi sayangnya, insurans atau takaful anda takkan cover untuk rawatan anda.

Mungkin anda saja nak apply sebab teringin nak memiliki medical card dengan nama anda tertera atas medical card tersebut. Boleh je.

“Bagaimana pula sekiranya semasa apply, saya tak tahu pun saya ada kanser atau apa-apa sakit kritikal, kemudian saya declare saya memang sihat? Dan beberapa ketika selepas tu saya dapat tahu saya ada kanser, boleh cover ke?”

Kita tak tahu bila masa kita akan diuji dengan ujian seberat itu. Kita berdoa semoga dijauhkan sama sekali!

Tapi katakanlah (nauzubillah), kita baru sahaja mengambil pelan insurans atau takaful setahun yang lalu. Kalau ikutkan tempoh menunggu 4 bulan (untuk sakit spesifik dan sakit kritikal) sudahpun berlalu. Sepatutnya kita sudah dilindungi sepenuhnya (kecuali yang tertulis dibawah pengecualian am dan khusus).

Dipendekkan cerita, kita baru mendapat berita daripada doktor yang kita menghidapi kanser tahap 2. Adakah insurans atau takaful perubatan kita akan cover sakit kita tu?

Apa yang akan berlaku?

1/ Hospital akan menghantarkan laporan perubatan kita kepada syarikat insurans atau takaful untuk pengesahan.

2/ Pihak syarikat akan meminta hospital untuk investigate keadaan kita. Investigation ni berdasarkan ujian makmal (ujian darah, CT scan, MRI, dan sebagainyalah) dan juga berdasarkan jasapan yang kita berikan kepada soalan-soalan doktor berkenaan sakit kita.

Nota penting : Segala kos buat masa ini, kita perlu tanggung dahulu. Kalau sakit tersebut dilindungi, kita boleh tuntut balik.

3/ Laporan dihantar semula kepada pihak syarikat insurans atau takaful untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan investigation tadi, pihak syarikat dapat mengetahui anggaran bilakah kita sebenarnya menghidapi sakit kanser tersebut.

SEKIRANYA..

memang kanser tersebut disahkan bermula selepas tempoh 4 bulan menunggu, maka pihak syarikat insurans atau takaful akan melindungi kos rawatan (berdasarkan had tahunan dan had seumur hidup yang tertera dalam pelan perubatan kita)

Atau

Pihak syarikat mendapati kanser tersebut telah bermula sebelum cukup tempoh menunggu 4 bulan, ataupun sebelum kita memohon pelan insurans atau takaful kita lagi, maka pihak syarikat TIDAK akan melindungi kos rawatan kita.

Apa yang berlaku kepada duit yang kita carum/sumbang sebelum ini? 

Ia akan dipulangkan semula secara keseluruhan (ditolak dengan sebarang tuntutan yang pernah berjaya kita buat sebelum itu, jika ada)

Sekiranya anda memiliki apa-apa pelan insurans atau takaful, dan sudah mencarum/menyumbang untuk tempoh masa yang sudah lama, dan merasakan rugi kerana belum pernah membuat apa-apa tuntutan sebelum ini, TOLONG lupakan niat untuk membatalkan pelan perlindugan anda. Jaga elok-elok.

Mungkin hari ini anda merasakan satu bebanan untuk mencarum/menyumbang RM100/200/300/500/1000/ataupun lebih sebulan untuk perlindungan diri anda dan keluarga anda.

Tetapi sekiranya kita dikejutkan dengan dengan bil hospital yang memakan kos puluhan ribu atau ratusan ribu, kita tidak perlu risau.

Tak perlu keluarkan segala simpanan yang kita buat untuk masa depan kita dan keluarga.

Tak perlu nak jual aset seperti rumah atau tanah semata-mata untuk membayar bil hospital.

Tak perlu kita meminta-minta bantuan kewangan dengan keluarga dan orang ramai untuk menampung kos rawatan kita.

Sekiranya anda belum mempunyai apa-apa pelan insurans atau takaful, boleh saya tanya satu soalan?

“Bolehkan anda mengetahui bilakah anda akan diuji dengan sakit-sakit terutamanya sakit kritikal?”

Kalau jawapan anda “tidak tahu”, maka janganlah bertangguh.

Tak mampu ambil mahal-mahal, ambil mengikut kemampuan anda.

Jumlah caruman/sumbangan bulanan yang disarankan ialah 5-10% daripada pendapatan sebulan anda.

Tutup mata, korbankan sedikit duit enjoy kita daripada terbeliak mata tengok bil hospital beriban.

Hubungilah rakan agent insurans atau takaful yang anda percayai secepat mungkin, atau anda boleh menghubungi saya di talian +6012-6136814 (Mursyid Sazali)

Anda mungkin masih layak untuk memohon. Tiada jaminan.

Sekian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s