Resipi Utama untuk BERJAYA

Seringkali kita cuba mencari apakah resipi untuk berjaya. Tak kiralah berjaya dalam apa-apa sekalipun. Semua orang ingin berjaya dalam pelajarannya, dalam pekerjaannya, dalam perniagaannya, dalam rumah tangganya, mahupun dalam kehidupannya secara keseluruhan.

Setuju? 

Maka ramai manusia cuba untuk mencari ilmu (knowledge) dan kepakaran (skills) untuk mencapai kejayaan yang mereka inginkan. 

Salahkah jika seseorang itu berusaha mencari ilmu dan kepakaran demi sebuah kejayaan? Tidak salah, namun ada perkara yang lebih utama yang perlu kita berikan lebih perhatian iaitu SIKAP kita. Attitude seseorang jauh lebih penting daripada ilmu dan kepakaran yang dia miliki.

Setuju tak sekiranya seseorang itu mempunyai segala ilmu dan kepakaran untuk berjaya, tetapi sekiranya sikapnya untuk berjaya kosong, dia takkan ke mana-mana?

Namun sekiranya seseorang itu mempunyai sikap yang luar biasa untuk berjaya, dia akan berusaha sehabis baik untuk mencari ilmu dan kepakaran yang duperlukan. Dia juga akan menggunakan ilmu dan kepakaran yang diperolehi untuk mencapai kejayaan yang diinginkan!

Dengan ini, saya secara peribadi berpendapat bahawa kita harus mendidik diri kita terutama anak-anak yang masih kecil untuk memiliki sikap peribadi baik yang tinggi!

Sikap yang patut kita pupuk dalam diri kita ialah rajin berusaha, berbudi-bahasa, hormat-menghormati, bantu-membantu, bertolak-ansur, peramah, bersangka baik dan semua sikap yang positif!

Sebagai orang Islam, selebihnya kita serahkan kepada Allah, tawakal dan doa supaya Allah kurniakan kejayaan kepada kita.

Semoga dengan itu, kita semua akan berjaya hidup di dunia dan akhirat insya Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s