3 Kriteria dalam memilih Pelan Takaful Anda

Dalam memilih jenis pelan takaful yang sesuai untuk anda, terdapat tiga (3) kriteria yang anda perlu lihat. Namun anda hanya boleh memilih dua (2) sahaja.

Lain orang, lain keperluan dan kehendak. Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan dengan lebih bijak.

3 KRITERIA yang perlu anda PERTIMBANGKAN.

1/ Nilai PERLINDUNGAN (pampasan kematian, cacat kekal, sakit kritikal dan juga perlindugan kad perubatan) yang tinggi.

2/ Nilai TUNAI (Simpanan pendidikan dan persaraan) yang tinggi.

3/ SUMBANGAN (caruman) bulanan yang rendah. Kemungkinan besar ini kerana komitmen sediada dan juga pendapatan yang tidak begitu besar.

INGAT! Anda hanya boleh memilih 2 SAHAJA.

Kita lihat contoh 3 Situasi berbeza.

SITUASI 1 : En. A inginkan nilai perlindungan yang tinggi, dia juga ingin memastikan nilai tunainya cukup untuk menampung hari persaraannya. Maka dia perlu membayar sumbangan bulanan yang tinggi untuk memastikan kedua-dua kehendaknya dipenuhi.

SITUASI 2 : Cik B baru memulakan kerjaya. Dia ingin memastikan nilai perlindugannya tinggi, tetapi hanya mampu untuk membayar sumbangan bulanan yang rendah. Maka, nilai tunai yang dia bakal terima untuk jangka masa panjang mungkin tidak begitu tinggi.

SITUASI 3 : Puan C ingin mengambil pelan takaful untuk anaknya supaya dia dapat memastikan nilai tunai anaknya tinggi apabila anaknya ingin menyambung pelajaran tinggi nanti. Namun Puan C tidak mampu untuk membayar sumbangan bulanan yang tinggi. Maka Puan C terpaksa mengambil pelan takaful dengan nilai perlindugan yang rendah untuk anaknya.

Berdasarkan tiga situasi di atas, kita dapat lihat bahawa kita hanya boleh memilih 2 kriteria sahaja mengikut keperluan, kehendak dan kemampuan kita. 

Sememangnya tujuan UTAMA seseorang itu mengambil pelan takaful adalah untuk PERLINDUGAN. Tetapi seseorang itu juga boleh memilih untuk mendapat pulangan nilai tunai yang tinggi sekiranya dia mampu dan sanggup untuk membayar sumbangan bulanan yang tinggi. 

Mengambil sebuah pelan takaful adalah komitmen yang berterusan. Selalunya sehingga umur seseorang itu 70, 80 atau 100 tahun, bergantung kepada berapa lama seseorang itu ingin dilindungi. 

Pastikan bayaran sumbangan bulanan anda antara 5%-10% daripada jumlah pendapatan bulanan anda. 

Maka buat pertimbangan dan keputusan yang bijak berdasarkan keperluan anda, kehendak anda dan juga KEMAMPUAN anda semasa berjumpa dengan penasihat takaful anda. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s