4 Sebab Utama Anda Perlukan Takaful

Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

 

Dalam kehidupan kita, kita merancang untuk yang terbaik, dan bersedia untuk perkara yang tidak diduga. Betul?

Takaful diwujudkan bagi memastikan kita dilindungi dari sudut kewangan sekiranya kita terjatuh ke dalam salah satu dari 4 perangkap besar kehidupan.

Nak tak nak, kita pasti akan terjatuh ke dalam sekurang-kurangnya salah satu dari perangkap tersebut dalam hidup kita.

4-traps-page-001

Mari kita lihat apakah 4 perangkap tersebut dan apakah kesannya kepada kita dan orang di sekeliling kita.

1/ Mati terlalu awal (Dying too soon)

“Mati terlalu awal ni mati di usia muda ke?”

Mati terlalu awal ini bermaksud kita meninggal ketika kita masih banyak lagi tanggungjawab dan objektif kehidupan yang belum diselesaikan.

Contohnya ketika meninggal, masih banyak lagi hutang yang belum sempat diselesaikan, anak-anak masih dalam tanggungan kita, kita belum sempat menyediakan simpanan yang cukup untuk memastikan isteri dan anak-anak mampu berdikari sekiranya kita tiada.

Penyelesaian yang takaful boleh sediakan untuk keadaan ini adalah manfaat pampasan kematian.

Untuk mengira berapakah amaun pampasan yang kita patut tinggalkan, kita perlu mengira,

  • Hutang yang masih perlu dibayar. Contohnya hutang kereta, rumah, pinjaman waktu belajar (PTPTN, MARA dan sebagainya), pinjaman peribadi, kad kredit, hutang dengan orang dan sebagainya.
  • Berapa lama kita ingin pastikan keluarga mampu untuk berdikari selepas ketiadaan kita? Setahun? 3 tahun? 10 tahun? Kalikan dengan pendapatan setahun kita.
  • Apakah objektif lain yang ingin kita pastikan dapat dilaksanakan walaupun kita tidak sempat melaksanakannya. Seperti badal haji, dana pendidikan anak-anak, duit wakaf untuk badan kebajikan dan sebagainya.
  • CAMPURKAN semua perkara di atas dan kita akan dapat tahu berapakah amaun perlindungan manfaat kematian yang kita perlu tinggalkan.

2/ Hidup tetapi mati (Living dead)

“Apa pulak ni hidup tapi mati ni? Macam cerita zombi kg pisang je ko ni..”

Pernah tengok orang yang terpaksa duduk atas wheelchair? Macam Usop Wilca. Mat salleh panggil bed ridden. Kenapa agaknya boleh terjadi keadaan seperti itu?

Boleh jadi dia memang kurang upaya daripada lahir. Tetapi ramai yang sebelum ini sihat, cergas, mampu berlari tiba-tiba terpaksa duduk di atas wheelchair seumur hidup. Perlu ada seseorang yang menjaga dan menguruskannya sepanjang masa. Dia masih hidup, tapi seumpama orang mati kerana tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Besar kemungkinan perkara ini terjadi kerana mereka terlibat dalam kemalangan.

Kesannya lebih mendalam daripada seseorang yang meninggal. Kerana bukan sahaja seseorang itu kehilangan punca pendapatan, dia menjadi liabiliti untuk keluarga yang terpaksa menanggungnya.

Masalah- masalah yang menyusul dari keadaan ini,

  • Kos rawatan selepas kemalangan. Kalau dirawat di hospital kerajaan belum tentu percuma.
  • Tidak mampu bekerja seperti dulu, maka hilang punca pendapatan.
  • Hutang dan tanggungan yang masih ada. Ansuran rumah, kereta, makan minum, pendidikan anak-anak, ubat-ubatan dan sebagainya.
  • Sekiranya yang cacat kekal itu suami, kemungkinan besar isteri yang terpaksa menjaganya. Siapa yang akan mencari pendapatan untuk kehidupan seharian?

Penyelesaian yang takaful boleh sediakan untuk keadaan ini adalah manfaat pampasan cacat kekal & kad perubatan yang mempunyai had tahunan dan had seumur hidup yang mencukupi.

Cara pengiraan amaun perlindungan yang diperlukan sama sahaja seperti pampasan kematian, tapi ditambahkan dengan kiraan kos-kos tambahan sekiranya perlu mengubahsuai rumah dan kenderaan untuk disesuaikan untuk pengguna cacat kekal dan seumpamanya.

NOTA PENTING : Ada syarikat takaful yang sekalikan manfaat kematian dengan cacat kekal. Maknanya sekiranya orang yang dilindungi disahkan cacat kekal, syarikat akan membayar pampasan (dihadkan kepada RM4juta seumur hidup untuk cacat kekal). Sekiranya dia meninggal selepas itu tiada lagi pampasan yang diberikan (melainkan orang yang dilindungi mengambil pampasan lebih dari RM4juta, bakinya akan dibayar kepada waris setelah kematiannya).



3/ Sakit Kritikal (Critically Ill)

Sekiranya seseorang disahkan menghidapi sakit kritikal, kehidupan selepas itu secara automatic akan beubah. 

Sakit kritikal yang famous antaranya, sakit jantung, kegagalan buah pinggang, kanser, strok dan sebagainya.

Masalah pertama yang timbul adalah kos rawatan yang boleh menelan belanja puluhan ribu, malah boleh pergi sehingga ratusan ribu! Sekiranya tiada persediaan awal, keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu terpaksa mengeluarkan semua simpanannya (yang mungkin telah disimpan untuk tujuan lain seperti berkahwin, pendidikan anak-anak, menunaikan Haji dan lain-lain). Sekiranya tak mencukupi, dia terpaksa menjual apa-apa aset yang ada, meminta bantuan dari ahli keluarga, dan mungkin terpaksa tebalkan muka dan mem-viral-kan kisah sedihnya untuk meminta belas ihsan rakyat Malaysia.

Masalah kedua adalah tempoh berehatnya setelah menjalani rawatan. Kalau dia mampu untuk kembali bekerja mungkin ianya masalah sementara. Bagaimana sekiranya dia terpaksa pencen awal dan berehat untuk selamanya? Maka hilanglah punca pendapatannya. 

Maka penyelesaian yang takaful boleh sediakan untuk masalah ini adalah kad perubatan yang had tahunan dan seumur hidup mencukupi dan juga pampasan untuk sakit kritikal.

Cara mengira amaun pampasan sakit kritikal yang diperukan sama kiraannya seperti kiraan amaun pampasan cacat kekal.

4/ Hidup lebih dari jangkaan (Living too long)

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang baik, dijauhkan dari musibah dan sakit-sakit. Allah panjangkan umur.

Namun, sekiranya kita merancang untuk menggunakan wang simpanan persaraan kita selama 20 tahun, dan kita hidup lebih lama daripada 20 tahun, masalah yang timbul adalah kekeringan simpanan untuk teruskan hidup.

Waktu ini mungkin anak-anak sudah besar dan mampu untuk menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada kita.

Tetapi kita juga harus bersedia sekiranya kita perlu berdikari. 

Penyelesaian yang takaful boleh sediakan untuk madalah ialah manfaat nilai tunai.

Daripada amaun sumbangan bulanan kita selama ini, akan ada nilai tunai yang akan dibayar setelah ia mencapai tempoh matang. Selalunya pada umur 80 tahun. 

Pastikan nilai tunai yang bakal kita perolehi cukup untuk membantu kita meneruskan hidup sekiranya ditakdirkan kita panjang.

Sekian sahaja 4 sebab utama mengapa anda perlukan takaful.

Adalah dinasihatkan untuk anda berbincang dengan penasihat takaful anda bagaimana anda boleh merancang pelan takaful yang komprehensif untuk anda dan keluarga anda.

Anda juga boleh menghubungi saya di talian +6012-6136814.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s