Perlindungan Komprehensif

KOMPREHENSIF boleh ditafsirkan sebagai “serba lengkap”. Contohnya bila kita membuat order di kedai makan, selalunya kita akan order makanan sekali dengan minuman. Barulah lengkap, betul?

Baik. Dari segi perlindungan takaful. Ramai orang kini sedar betapa pentingnya untuk memiliki kad perubatan untuk bersedia sekiranya terpaksa mendapatkan rawatan yang memakan kos yang tinggi.

Tetapi berapa ramai yang tidak menyedari bahawa memiliki kad perubatan sahaja tidak mencukupi untuk memberikan perlindungan yang menyeluruh.

Mengapa saya berkata demikian. Kerana kad perubatan hanya akan melindungi seseorang itu dari segi pembayaran bil hospital sahaja.

Bagaimana sekiranya seseorang itu ditimpa kemalangan yang menyebabkan hilang upaya kekal? Adakah dia boleh meneruskan kerjayanya dan membawa pulang pendapatan seperti dulu?

Rawatan untuk kemalangan tersebut telah pun selesai. Setelah pulang ke rumah, hidup perlu diteruskan. Kualiti kehidupan memang akan terganggu. Perlu ada seorang ahli keluarga yang mampu menjaga dan menguruskannya sepanjang masa. Siapakah yang akan menjaganya? Boleh jadi isteri, anak-anak, adik-beradik, atau ibu bapa.

Hilangnya punca pendapatan dek kemalangan tadi menimbulkan masalah-masalah seperti, bagaimana dia ingin membayar ansuran rumah, kereta, bil air dan elektrik, membeli makanan dan minuman dan sebagainya.

Adakah masalah tersebut dapat dibereskan dengan hanya bergantung kepada kad perubatan semata-mata?

Di sini saya ingin menegaskan bahawa pelan perlindungan yang menyeluruh amatlah penting bagi memastikan kewangan kita dapat dilindungi dengan sebaiknya.

Antara riders (manfaat perlindungan tambahan) yang saya selalu sarankan kepada client-client saya adalah:

  • Pampasan Kematian – Tetapkan amaun yang ingin diwariskan kepada isteri dan anak-anak bagi memastikan mereka mampu untuk meneruskan kehidupan sepertimana kita masih hidup. Pampasan ini juga bagi memastikan hutang-hutang kita dapat diselesaikan secepat mungkin.
  • Pampasan Cacat Kekal – tetapkan amaun yang ingin anda terima sekiranya anda tidak boleh lagi bekerja disebabkan cacat kekal. Ini bagi memastikan kelangsungan hidup anda dan keluarga anda selepas hilangnya punca pendapatan anda. 
  • Pampasan Sakit Kritikal – sama seperti pampasan ca at kekal, tetapi pampasan ini akan dibayar sekiranya anda disahkan menhidapi salah satu dari 36 sakit kritikal.
  • Pampasan Kemalangan (lebih popular dengan nama Personal Accident) – pampasan ini akan dibayar penuh sekiranya orang yang dilindungi meninggal atau cacat kekal disebabkan kemalangan. Namun, sekiranya kemalangan tersebut menyebabkan kehilangan sebahagian anggota badan seperti jari, pihak syarikat akan membayar pampasan mengikut jadual peratusan yang telah ditetapkan.
  • Manfaat Penyumbang (contributor/ waiver) – manfaat ini memastikan anda tidak perlu lagi membuat sumbangan bulanan untuk pelan takaful anda sekiranya anda disahkan cacat kekal atau sakit kritikal. Dalam dua keadaan tersebut anda sudah hilang punca pendapatan dan menyebabkan anda sukar untuk meneruskan membayar sumbangan bulanan anda.
  • Dan bermacam lagi manfaat tambahan untuk memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh.

Jadi manfaat perlindungan di atas amatlah penting untuk memastikan anda mendapat perlindungan yang menyeluruh dari semua aspek kewangan.

Berbincang dengan penasihat takaful anda untuk mengetahui berapakah amaun pampasan yang sepatutnya anda dapatkan dan memastikan pelan takaful anda adalah pelan yang komprehensif.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s